Saturday, August 8, 2009

putrajayahalal2u

Salamualaik...

Salam sejahtera kepada semua, ruangan ini bertujuan untuk memudahkan masyarakat Putrajaya khususnya bagi mendapatkan maklumat serta membuat pembelian terhadap barangan halal. Seperti yang sedia maklum terdapat pelbagai barangan dan keluaran barangan halal yang telah berada di pasaran yang berkualiti dan memerlukan sokongan pengguna-pengguna Islam supaya usaha ini boleh berkembang mekar.

Secara mudahnya ruangan ini bertujuan :

i. Menyampaikan dan memperkenalkan barangan2 halal khususnya kpd masyarakat Islam di Putrajaya.
ii. Satu cara bg memudahkan masyarakat Putrajaya utk mendapat maklumat seterusnya barangan halal drpd khidmat yg ditawarkan.
ii. Memberi satu khidmat kepada pembeli dan pengguna barangan halal khususnya di Putrajaya untuk mendapatkan barangan halal melalui khidmat memesan barang melalui ruangan ini dan khidmat penghantaran hingga ke pintu rumah.

Usaha ini adalah wajar dilihat sebagai secebis usaha kita untuk memanjangkan lagi Kempen Boikot Barangan keluaran negara2 musuh Islam seperti Israil, Amarika, Britain dan lain-lain negara yang terlibat. Ini adalah perjuangan kecil kita....bagi turut sama seperti saudara2 seIslam di Palastin..Aceh..Chehnya..Palastin..dan yg trbaru di China serta lain2 tempat di dunia

No comments:

Post a Comment